TINDAKAN KECEMASAN

Api semasa kecil menjadi kawan sudah besar menjadi lawan merupakan kata-kata yang yang amat bertepatan dengan penggunaan api dalamkehidupan harian. Biarpun api menjadi satu keperluan dalam kehidupanharian, ia akan menjadi merbahaya sekiranya tidak dikawal secara betul.Kebakaran adalah satu tindak balas kimia dimana tenaga haba dancahaya yang terhasil akan menghasilkan asap.

PENCEGAHAN KEBAKARAN
Pencegahan kebakaran merupakan satu tindakan langkah awal yang mesti diambil bagi mengelakkan api kebakaran daripada berlaku dan juga langkah awal bagi mengelakkan kebakaran yang baru bermula (infant stage) daripada merebak kepada peringkat yang boleh dikawal lagi (uncontrollable stage).

Pengurusan Risiko Kebakaran
Pihak pengurusan dan ketua penghuni sesebuah bangunan sama ada di tempat kerja atau kawasan perumahan perlulah mengambil langkah keselamatan seperti berikut sebagai persediaan untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya kebakaran :
- Mengadakan laluan-laluan khas yang mencukupi untuk menyelamatkan diri (mean of escape);
- Mengadakan pelan pengunsian bangunan;
- Mengadakan poster/notis pelan pengunsi bangunan;
- Mengadakan latihan pengunsian bangunan secara berkala;
- Mengadakan sistem semboyan/amaran kecemasan yang berkesan;
- Menyediakan peralatan melawan kebakaran yang mencukupi;
- Mempunyai pengurusan pengendalian rumah (housekeeping) yang bagus;
- Memastikan pemeriksaan dan ujian peralatan elektrik dilakukan secara berkala.

PELAN TINDAKAN KESELAMATAN
Kesedaran dan keselamatan semakin meningkat di tempat kerja apabila adanya Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 untuk mencegah kemalangan.  Salah satu faktor pencegahan adalah untuk menghadapi pelan tindakan kecemasan.

Bersama ini juga disertakan link bagi dokumen yang disediakan oleh Jawatankuasa Induk mengenai Standard Operating Procedures (SOP) Pelan Tindakan Pengungsian Bangunan Ketika Kecemasan/Bencana bagi Jabatan Kehakiman Syariah Perak (Zon Bahagian Khidmat Pengurusan) khususnya.
OBJEKTIF PELAN TINDAKAN KECEMASAN
i. Membolehkan pekerja bertindak dengan tenang dan selamat semasa berlakunya kecemasan.
ii. Tanggungjawab dan pelaksanaan oleh mereka yang dilantik untuk menjalankan tugas apabila berlakunya kecemasan.
iii. Peralatan kecemasan digunakan  dengan selamat dan betul.
iv. Pengosongan premis dilakukan dengan pantas, teratur dan selamat apabila berlaku kecemasan.
v. Terdapat beberapa jenis kecemasan yang memerlukan pelan tindakan keselamatan diadakan seperti kebakaran, letupan, bencana alam, keracunan, kebocoran toksid, bangunan runtuh dan lain-lain.

Prosedur keselamatan
Sesebuah organisasi perlu mengetahui dan melaksanakan pengurusan keselamatan dengan mengambil kira faktor-faktor berikut:-

i. Pencegahan - Melaksanakan latihan keselamatan di tempat kerja dan cara pengendalian bahan berbahaya serta peralatan yang digunakan.

ii. Kesediaan - Organisasi perlu menubuhkan satu jawatakuasa kecemasan yang dapat bertindak apabila berlaku kecemasan.

ii. Tindakan -  Jawatankuasa kecemasan yang ditubuhkan hendaklah bertindak dengan pantas dan efisien berserta kelangkapan yang mencukupi apabila terjadinya kecemasan.

iv. Pemulihan - Merupakan tindakan yang berfungsi untuk mengembalikan situasi cemas kepada keadaan normal seperti menilai kerosakan, mengganti atau membaiki peralatan yang rosak.

PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN
Bagi peringkat Zon Bhg. Khidmat Pengurusan, perlaksanaan langkah-langkah keselamatan termasuk kelengkapan di bawah selenggara pentadbiran Jabatan. Walaubagaimana pun, Zon ini telah menyediakan Pelan Tindakan Kecemasan termasuk Laluan Kecemasan. Pada masa yang sama juga, Pasukan Bertindak Kecemasan telah ditubuhkan untuk setiap Zon seperti diterangkan di bawah;





KETUA INSIDEN
Mengetuai keseluruhan operasi dan menghubungi pihak Bomba

PENOLONG KETUA INSIDEN
Membantu dan memberi maklumat perkembangan operasi kepada Ketua Insiden

KETUA PEMADAM DAN PENYELAMAT
- Jalankan penyelamatan dan pemadaman di peringkat awal
- Serahkan kepada pihak Bomba apabila pihak Bomba sampai
- Tinggalkan tempat kebakaran api tidak dapat dikawal

PASUKAN PENGUNGSIAN
- Mengarahkan membuat pengungsian bangunan
- Memeriksa bangunan telah dikosongkan
- Membuat pemeriksaan baris di tempat berkumpul
- Melapurkan kepada Ketua Insiden

KETUA JURUTEKNIK PUSAT KAWALAN
- Siap sedia di bilik kawalan
- Beri bantuan yang diperlukan oleh ketua Insiden
- Pastikan bekalan elektrik dimatikan
- Pastikan sistem penggerak kebakaran dan alat komunikasi berjalan dengan lancar

KETUA PANGGILAN BARIS
- Memastikan semua anggota hadir apabila berkumpul
- Memeriksa kehadiran anggota yang ada
- Membantu Pasukan Pengungsian dalam kerja berkaitan

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGOSONGKAN BANGUNAN (EVACUATION STEP)
a) Apabila loceng kecemasan dibunyikan, jangan panik hanya bertenang dan tunggu pengumuman.

b) Selepas mendengar pengumuman untk mengosongkan bangunan, pastikan kehadiran anggota pejabat, lihat sekeliling untuk memastikan siapa yang ada atau tidak.

c) Pastikan semua suis elektrik dan peralatan pejabat telah ditutup dan dicabutkan plug head peralatan yang berkenaan.

d) Tinggalkan barang-barang tidak perlu.

e) Tutup dan kunci pintu-pintu yang berkenaan.

f) Guna jalan keluar yang terdekat seperti di Pelan Kecemasan dan berhimpun di kawasan berkumpul (parkir awam bersebelah Dewan Bankuet).

g) Jangan Gunakan Lif.

h) Jangan tuju ke tempat letak kereta di bawah bangunan (Aras SB).

i) Dengar arahan keselamatan dan jangan bertindak bersendirian.

PELAN LALUAN KECEMASAN
Pelan Laluan Kecemasan bagi Zon Bhg. Khidmat Pengurusan telah ditampal dan dimaklumkan di papan kenyatan yang memudahkan orang ramai atau anggota sendiri mengetahui kedudukan tersebut. Pelan tersebut tidak dapat dipaparkan di dalam blog ini atas tujuan keselamatan. Gambar di bawah pula menunjukkan Kawasan Berkumpul di Parkir Awam sebelah Dewan Bankuet JKSPk


Papan Tanda Kawasan Berkumpul Kecemasan di Parkir Awam

ALAT PEMADAM API
Secara umumnya, terdapat lima kelas api di rumah. Alat pemadam api dilabelkan berdasarkan "Simbol" atau "Penggunaan Huruf" yang piawai bagi setiap kelas api yang dapat dipadam.

Kelas Api & Penerangan
A - Memadam kebakaran pepejal seperti kayu, kertas, kain dan sebarang bahan mudah terbakar.
B - Memadam kebakaran cecair seperti minyak, cat, varnish, plastik dan lain-lain.
C - Memadam kebakaran gas seperti gas butana, gas acetylene, pendawaian elektrik, kotak fius, perkakasan elektrik dan lain-lain.
D - Memadam kebakaran logam seperti logam potassium, logam sodium, logam kalsium dan logam magnesium
E - Memadam kebakaran minyak masak yang digunakan secara komersial.

Langkah Mudah Menggunakan Alat Pemadam Api:
- Cabutkan Pin
- Halakan nozel ke pangkal (base) api
- Tekan tuil (lever)
- Layangkan nozel ke kiri dan kanan


Bersama ini juga ditunjukkan video cara-cara pengunaan alat pemadam api sebagai makluman dan rujukan kita bersama:

Hak Milik ASL Training & Consultancy
Diterbitkan pada 10 November 2015


Hak Milik videoJPAM
Diterbitkan pada 3 April 2012

No comments:

Post a Comment