Friday 30 June 2023

AUDIT PELAKSANA EKSA JKSPk BIL.1/2023

 27 JUN 2023 :: Sesi auditan EKSA di Zon Bahagian Khidmat Pengurusan yang berlangsung bermula jam 9.30 pagi serentak dengan dua Zon di bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Pasukan auditan terdiri daripada Ketua Audit sendiri iaitu Tuan Ahmad Azaruddin Bin Binyamin dan Cik Maisarah binti Ahmad Jalaludin. Setiausaha Zon Bhg. Khidmat Pengurusan mengiringi pasukan auditan sambil dibantu oleh para Penyelaras Kawasan sendiri.

Dimakluman oleh Ketua Auditor, markah dan penilaian bagi sesi auditan kali ini tidak akan diumumkan pada hari yang sama juga sama ada melalui sesi closing atau makluman terus. Beliau memaklumkan markah akan dikumpul dan dinilai melalui mesyuarat Jawatankuasa Audit terlebih dahulu dan akan diumumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa EKSA Peringkat Jabatan yang akan datang.

Apa-apa pun diucapkan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli Zon BKP yang bersemangat untuk menjayakan sesi auditan pada kali ini. Diharapkan momentum seperti ini dikekalkan berterusan dengan kriteria SENTIASA AMAL menjadi panduan.





DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA PROMOSI
ZON BHG. KHIDMAT PENGURUSAN

Monday 19 June 2023

PINDAAN JADUAL AUDIT DALAMAN EKSA JKSPk

Merujuk surat daripada Jawatankuasa Audit Induk EKSA JKSPk setelah dipinda. Dimaklumkan tarikh baharu Audit Dalaman EKSA JKSPk Bil.1/2023 bagi Zon Bahagian Khidmat Pengurusan adalah pada hari Selasa, 27 Jun 2023.

Sehubungan itu, mohon semua ahli bertanggungjawab dalam menjalankan komitmen masing-masing pada kawasan dan ruang kerja untuk menghadapi Audit Dalaman. Semoga berjaya diucapkan dan sebarang pertanyaan sila hubungi Jawatankuasa Audit dan Setiausaha.


Disediakan oleh 
Jawatankuasa Promosi
EKSA Zon Bhg. Khidmat Pengurusan.

Friday 28 April 2023

AUDIT DALAMAN EKSA JKSPk BIL.1/2023

Perhatian kepada semua ahli EKSA Zon Bahagian Khidmat Pengurusan dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Audit Induk EKSA JKSPk telah menetapkan tarikh bagi Audit Dalaman adalah pada hari Rabu, 24 Mei 2023.

Diharapkan semua ahli bersiap sedia dan mengambil langkah proaktif dalam kerja-kerja pengemasan pada kawasan dan ruang kerja masing-masing. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Jawatankuasa Audit atau Setiausaha. Diperingkatkan juga mematuhi peraturan dan garis panduan EKSA yang telah ditetapkan.


Disediakan oleh
Jawatankuasa Promosi
EKSA Zon Bhg. Khidmat Pengurusan