Friday 30 June 2023

AUDIT PELAKSANA EKSA JKSPk BIL.1/2023

 27 JUN 2023 :: Sesi auditan EKSA di Zon Bahagian Khidmat Pengurusan yang berlangsung bermula jam 9.30 pagi serentak dengan dua Zon di bangunan Ibu Pejabat Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Pasukan auditan terdiri daripada Ketua Audit sendiri iaitu Tuan Ahmad Azaruddin Bin Binyamin dan Cik Maisarah binti Ahmad Jalaludin. Setiausaha Zon Bhg. Khidmat Pengurusan mengiringi pasukan auditan sambil dibantu oleh para Penyelaras Kawasan sendiri.

Dimakluman oleh Ketua Auditor, markah dan penilaian bagi sesi auditan kali ini tidak akan diumumkan pada hari yang sama juga sama ada melalui sesi closing atau makluman terus. Beliau memaklumkan markah akan dikumpul dan dinilai melalui mesyuarat Jawatankuasa Audit terlebih dahulu dan akan diumumkan pada Mesyuarat Jawatankuasa EKSA Peringkat Jabatan yang akan datang.

Apa-apa pun diucapkan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli Zon BKP yang bersemangat untuk menjayakan sesi auditan pada kali ini. Diharapkan momentum seperti ini dikekalkan berterusan dengan kriteria SENTIASA AMAL menjadi panduan.





DISEDIAKAN OLEH
JAWATANKUASA PROMOSI
ZON BHG. KHIDMAT PENGURUSAN

No comments:

Post a Comment